Khamis, 25 Disember 2014
My love sweet (Bab 2)
Mahzuz menghampiri keretanya.Dia segera menyeluk sakunya untuk mencari kunci keretanya."Astagfirullah al azim.Mana pula kunci kereta ana ni?"soalnya kepada dirinya."Assalamualaikum"sapa seseorang yang bersuara lembut dari belakang.
"Waalaikumussalam"ujar Mahzuz serentak memusing tubuhnya ke arah suara itu.'Astagfirullah al azim,subhanaallah.Cantik sungguh ciptaanmu.'detik hati kecil Mahzuz."Awak,awak?"panggil Rania."Ya saya,kenapa ya?"soal Mahzuz masih terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh Rania.
"Ni awak tertinggal waktu dekat cafe tadi"kata Rania lalu menyuakan kunci kereta tersebut kepada Mahzuz."Err..Terima kasih.Mana awak tahu ni saya punya?"soal Mahzuz sedikit gagap lalu menilik wajah Rania yang comel itu.Rania yang sedar Mahzuz seakan-akan menilik mukanya segera menundukkan wajahnya.
Mahzuz beristigfar dan memohon maaf terhadap Rania.Rania segera ingin berlalu namun ditahan oleh Mahzuz."Nama awak siapa?"."Tengku Rania Ifti binti Tengku Rahim Idlan"ujarnya lalu tersenyum."Oh sedap nama awak.SayaTengku Fir Mahzuz bin Tengku Shahrin"kata Mahzuz."Okeylah awak saya minta diri dulu.Assalamualaikum."ucap Rania dan berlalu pergi."Waalaikumussalam"jawab Mahzuz.
Mahzuz masih berdiri disisi keretanya.Dek terpukau dengan ciptaan Allah.Manakan tidak,Rania ialah wanita anggun yang pertama dijumpainya selain ibu dan adiknya.Sedang dia berdiri telefonya berbunyi."Assalamualaikum.Ya,abang tunggu dekat tempat parking ni.Cepat sikit jangan jalan macam kura-kura.Okey bye.Waalaikumussalam"ucapnya dan meletakkan gagang.
"Abang!Menungkan apa tu?"sergah adiknya,Farah."Astagfirullah al azim.Haih Farah ni,tak reti ke nak bagi salam?Sebaik abang tak de sakit jantung kalau tak mau Farah drive pergi hospital"bebel Mahzuz lalu mencubit adiknya.
"Auww.Abang!Sakit tahu tak?Orang dah bagi salam dululah sebelum sergah abang"balas Farah sambil menggosok bahunya."Oh yeke?Hehehe"kata Mahzuz lalu tersengih dan segera memasuki perut kereta Mazda 6 nya.Farah turut masuk kedalam kereta.
Mahzuz masih terpukau dengan keanggunan Rania.Dengan mata yang cantik dan bulat,hidung kecil yang mancung,pipinya yang kemerahan,bibir kecil yang berwarna merah jambu serta kulit muka yang putih dan bersih milik Rania membuatnya terpukau.
"Abang,Ya Allah.Mesti teringatkan Kak Nia kan?soal Farah."Nia?Siapa tu?"soal Mahzuz kembali."Kak Rania lah.Kitaorang panggil Kak Nia.Comelkan?Adik geram dengan mata Kak Nia"kata Farah sambil membelek telefon bimbitnya."Ohh..Mana adik kenal?"soal Mahzuz dan menggerakkan kereta keluar dari kawasan universiti adiknya.
"Papa Kak Nia tu pemegang saham terbesar dekat universiti adik.Kan papa Kak Nia kawan abi"kata Farah dan masih ralit dengan telefon bimbitnya."Oh ingat,ingat"kata Mahzuz dan memulas stereng keretanya."Dah lama juga abang tak jumpa Uncle Rahim lepas balik dari Mesir"katanya."Uncle Rahim ada datang,tapi abang selalu takde dekat rumah"kata adiknya.
"Oh..datang dengan family ke apa?"soal Mahzuz dan menurunkan tingkap untuk menyentuh kad bagi masuk ke taman perumahan mereka."Aah.Kak Nia ada sekali.Abang minat Kak Nia ya?Adik rapat dengan Kak Nia tau?"usik Farah."Err..Mana ada."kata Mahzuz dengan tergagap.Dia memarking keretanya di luar rumah kerana ada kereta tetamu."Eh abang,Uncle Rahim datanglah.Panjang umur.Adik masuk dulu ya."kata Farah dan masuk ke dalam rumahnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan