Khamis, 25 Disember 2014

My love sweet (Bab 2)



          Mahzuz menghampiri keretanya.Dia segera menyeluk sakunya untuk mencari kunci keretanya."Astagfirullah al azim.Mana pula kunci kereta ana ni?"soalnya kepada dirinya."Assalamualaikum"sapa seseorang yang bersuara lembut dari belakang.

          "Waalaikumussalam"ujar Mahzuz serentak memusing tubuhnya ke arah suara itu.'Astagfirullah al azim,subhanaallah.Cantik sungguh ciptaanmu.'detik hati kecil Mahzuz."Awak,awak?"panggil Rania."Ya saya,kenapa ya?"soal Mahzuz masih terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh Rania.

          "Ni awak tertinggal waktu dekat cafe tadi"kata Rania lalu menyuakan kunci kereta tersebut kepada Mahzuz."Err..Terima kasih.Mana awak tahu ni saya punya?"soal Mahzuz sedikit gagap lalu menilik wajah Rania yang comel itu.Rania yang sedar Mahzuz seakan-akan menilik mukanya segera menundukkan wajahnya.

           Mahzuz beristigfar dan memohon maaf terhadap Rania.Rania segera ingin berlalu namun ditahan oleh Mahzuz."Nama awak siapa?"."Tengku Rania Ifti binti Tengku Rahim Idlan"ujarnya lalu tersenyum."Oh sedap nama awak.SayaTengku Fir Mahzuz bin Tengku Shahrin"kata Mahzuz."Okeylah awak saya minta diri dulu.Assalamualaikum."ucap Rania dan berlalu pergi."Waalaikumussalam"jawab Mahzuz.

         Mahzuz masih berdiri disisi keretanya.Dek terpukau dengan ciptaan Allah.Manakan tidak,Rania ialah wanita anggun yang pertama dijumpainya selain ibu dan adiknya.Sedang dia berdiri telefonya berbunyi."Assalamualaikum.Ya,abang tunggu dekat tempat parking ni.Cepat sikit jangan jalan macam kura-kura.Okey bye.Waalaikumussalam"ucapnya dan meletakkan gagang.

         "Abang!Menungkan apa tu?"sergah adiknya,Farah."Astagfirullah al azim.Haih Farah ni,tak reti ke nak bagi salam?Sebaik abang tak de sakit jantung kalau tak mau Farah drive pergi hospital"bebel Mahzuz lalu mencubit adiknya.

         "Auww.Abang!Sakit tahu tak?Orang dah bagi salam dululah sebelum sergah abang"balas Farah sambil menggosok bahunya."Oh yeke?Hehehe"kata Mahzuz lalu tersengih dan segera memasuki perut kereta Mazda 6 nya.Farah turut masuk kedalam kereta.

         Mahzuz masih terpukau dengan keanggunan Rania.Dengan mata yang cantik dan bulat,hidung kecil yang mancung,pipinya yang kemerahan,bibir kecil yang berwarna merah jambu serta kulit muka yang putih dan bersih milik Rania membuatnya terpukau.

       "Abang,Ya Allah.Mesti teringatkan Kak Nia kan?soal Farah."Nia?Siapa tu?"soal Mahzuz kembali."Kak Rania lah.Kitaorang panggil Kak Nia.Comelkan?Adik geram dengan mata Kak Nia"kata Farah sambil membelek telefon bimbitnya."Ohh..Mana adik kenal?"soal Mahzuz dan menggerakkan kereta keluar dari kawasan universiti adiknya.

      "Papa Kak Nia tu pemegang saham terbesar dekat universiti adik.Kan papa Kak Nia kawan abi"kata Farah dan masih ralit dengan telefon bimbitnya."Oh ingat,ingat"kata Mahzuz dan memulas stereng keretanya."Dah lama juga abang tak jumpa Uncle Rahim lepas balik dari Mesir"katanya."Uncle Rahim ada datang,tapi abang selalu takde dekat rumah"kata adiknya.

      "Oh..datang dengan family ke apa?"soal Mahzuz dan menurunkan tingkap untuk menyentuh kad bagi masuk ke taman perumahan mereka."Aah.Kak Nia ada sekali.Abang minat Kak Nia ya?Adik rapat dengan Kak Nia tau?"usik Farah."Err..Mana ada."kata Mahzuz dengan tergagap.Dia memarking keretanya di luar rumah kerana ada kereta tetamu."Eh abang,Uncle Rahim datanglah.Panjang umur.Adik masuk dulu ya."kata Farah dan masuk ke dalam rumahnya.

   

My love sweet (Bab 1)



         Rania segera memasuki pejabatnya.Marahnya sudah sampai ke palang.Manakan tidaknya,sudahlah kereta kesayangannya telah dilanggar lari oleh orang yang tidak bertanggungjawab kini dia terlewat memasuki pejabat."confirm papa marah ni" katanya sedikit mengeluh.

        "Lambat pula adik masuk office hari ni" sapa abang sulungnya,Tengku Razif Idham."Bukan selalu pun abang" balasnya dengan muka yang masam."Ni kenapa ni?Ada prob la tu" kata abangnya."Nia benggangla abang.Entah manusia mana entah langgar kereta adik.Habis Cici adik kemek" rungut Nia dengan manja.

       Baru sahaja ingin meluahkan perasaan geramnya kepada abangnya,papanya sudah tiba."So,Tengku Rania Ifti kenapa lambat?" soal papanya lembut."Err..Kereta Nia kena langgar tadi papa.So Nia hantar workshop sekejap" balas Nia tergagap-gagap."Nice excuse dear.You late 15 minutes on that meeting" marah papanya tapi masih bersabar.

      Razif yang kasihankan adiknya segera menolong adiknya."Papa bukan adik sengaja pun.Lagipun baru hari ni dia lambat.Previous meeting adik selalu on time" bela Razif.Dato Tengku Rahim Idlan sekadar memandang mereka."Okey kali ni baby papa terlepas,next time no more late okay?" kata Tengku Rahim Idlan.

    "Papa!Janganlah panggil Nia macam tu dekat office" ujar Nia lalu pura-pura merajuk."Alolo,anak papa ni.Memang patutkan?you still my little baby" ucap papanya lalu segera meninggalkan papanya.Razif sekadar tergelak melihat kerenah adik bongsunya dan papanya.

    Rania meneruskan pekerjaannya.Masih banyak fail yang perlu disemaknya.Qaisara,temannya segera menerjah masuk ke dalam pejabatnya."Hoi tak reti nak ketuk dulu ke" kata Rania dan matanya masih berarah ke arah laptopnya.

   "Ala sorry ye Nia..Sebenarnya aku datang sini ada hajat" kata Qaisara."So apa hajat kau?"soal Rania lalu menutup skrin laptopnya."Actually aku nak ajak kau keluar lunch" kata Qaisara lalu tersengih-sengih."Lunch?Baru pukul 9 pagi kot.Mimpi ke apa?"soal Rania.

   "Haii cik kak oii.Kau tau tak pukul berapa ni?Pukul 12.30 tengah hari dah tau.Kau tu yang still dreaming"kata Qaisara sambil memetik jari."Oh really?.Hehehe.Lupalah.Between tak ada photoshoot ke hari ni?Selalunya busy 24 hours"balas Rania panjang lebar.

   "No..Cepatlah aku lapar ni"kata Qaisara lalu menarik tangan sahabat baiknya itu."Okey cool down beb"kata Rania lalu mencapai beg tangannya."Tapikan,Cici aku dalam workshop"kata Rania dengan nada sedih."Chill beb.I brought my own car today"balas Qaisara lalu menarik tangan Rania.Mereka segera menuju ke arah kereta Qaisara.