Jumaat, 23 Januari 2015

My love sweet (Bab 3)



              "Assalamualaikum"ucap Farah dan meletakkan kasutnya di atas rak kasut."Waalaikumussalam,haa dah balik pun.Umi ingatkan kamu ada perbincangan tadi"kata uminya,Datin Fariha Maisurah."Taklah umi,Farah balik awal harini.Umi mana kak Nia?"tanya Farah dan menjenguk ke dalam rumah.


                 "Oh,Nia.Nia naik solat tadi.Kamu cuba tengok dekat bilik tetamu dekat atas tu"kata uminya.Farah mengangguk dan segera melangkah ke tangga.Bilik tetamu yang pertama segera ditolak pintunya.'Sebaik bilik yang betul'kata hatinya selepas melihat tudung Rania yang berada di atas katil tetamu itu.

               
                Farah melabuhkan punggung di tirai katil itu.Dia menunggu Rania keluar dari bilik air.Seperti dijangkakan Rania pasti akan terkejut.Memang benar jangkaannya,Rania amat terkejut dan berlari meluru ke arahnya.Farah segera mendakap erat Rania."Farah,lamanya kita tak jumpa"kata Rania lalu mencium pipi Farah.


               "Aahkan kak Nia.Dah setahun lebih.Kak Nia pun dah jarang datang sini"kata Farah dengan nada suara yang agak sedih."Maaf ya?Kak Nia busy lepas habis uni."kata Rania dan memeluk erat Farah bagi memujuknya.Farah sudah menganggap Rania seperti kakaknya,sejak dirinya diberitahu bahawa Rania adalah sepupu sebelah ayahnya.Lagipun dia tidak mempunyai kakak dan hanya mempunyai dua orang abang.


             "Kak Nia tidurlah sini,Farah rindulah dekat Kak Nia"kata Farah dengan manja.Rania tersenyum."Hmm,memang akak tidur sini pun."jelas Rania."Yeke?Wah bestnya.Malam ni nak tidur dengan Kak Nia lah.Hmm"kata Farah dan berfikir sebentar."Hmm?Kenapa?"soal Rania sedikit pelik.


             "Mesti Abang suka Kak Nia tidur sini"ucap Farah dengan girang.Rania merasakan mukanya panas dek kerana menahan malu."Eh,tengok tu.Dah blushing"sambung Farah dan mengekek ketawa.Rania yang segan pabila diusik segera menampar lembut peha Farah.Farah masih meneruskan tawanya yang bersisa."Okeylah Kak Nia,Farah nak mandi ni.Mashammm"ujarnya panjang dan mencium pipi Rania dan berlari pergi.Dia tahu Rania tak suka orang menciumnya jika tidak mandi.Rania geram dengan Farah.Dia cuba mengejar Farah.


              "Farah!Tunggulah akak!"laung Rania dengan nada suara biasa dan tidak menjerit.Rania dan Farah berkejaran di tingkat dua rumah bungalow besar itu.Rania segera berhenti pabila melihat Mahzuz memandangnya di tangga.'Malunya Ya Allah'katanya perlahan."Err..Farah,Kak Nia masuk dulu."kata Rania dan berlalu pergi.

             Mahzuz sempat melihat wajah Rania yang merah menyala seperti udang bakar dek kerana malu.Farah ingin segera berlalu namun ditahan oleh Mahzuz."Adik buat apa dengan Ifti tadi?"soal Mahzuz."Hmm..Adik cium pipi kak Nia waktu belum mandi.Tu yang kak Nia geram tu"bagitau Farah dengan ketawa."Okeylah adik nak mandi lepastu nak turun makan"kata Farah dan bingkas bangun.Kaki diatur ke arah biliknya.


           'Ya Allah,malunya aku.Mesti Mahzuz nampak'kata Rania.Kulit mukanya masih belum reda dari merah.Dia segera menyarung jubah yang dibawanya dan tudung labuh berwarna hitam yang selalu dipakainya di rumah.Setelah bersiap dia segera mengetuk pintu bilik Farah.Seketika pintu bilik itu dibuka dari dalam dan dia ternampak Mahzuz tidak memakai baju dan hanya memakai tuala.


           Dia segera memusingkan badannya.Mahzuz pula hanya terkaku.Farah yang kebetulan baru keluar dari biliknya segera meluru ke arah bilik Mahzuz.Segera dia menolak Mahzuz masuk kedalam bilik kembali.Rania segera dibawa ke dalam biliknya."Kak Nia?Okey tak?Sorry abang tu memang macam tu."kata Farah dengan rasa bersalah pabila Rania masih lagi membisu dengan wajahnya yang pucat.


          Manakan tidaknya,itu pertama kali dia melihat lelaki selain ayah dan abangnya yang tidak memakai baju.Terkejutnya hingga kepalang.Dia ingatkan itu bilik Farah,rupanya  bilik Mahzuz."Kak Nia?Kak Nia okey tak ni?"soal Farah dan menggoncang bahu Rania."Hmm..Kak Nia okey.Kak Nia rasa akak salah ketuk bilik kot.Akak nak ketuk bilik Farah sebenarnya"jelas Rania dengan nada masih terkejut.


         "Jomlah turun.Farah lapar ni"kata Farah,mengubah topik.Rania sekadar mengangguk.Rania turun dengar wajah yang pucat."Rania kamu kenapa?Sakit ke?"soal ibu saudaranya,Datin Fariha.Rania sekadar menggeleng.Mereka hairan melihat Rania.Tadi bukan main ceria sekarang tetiba pucat seperti orang sakit."Rania kalau sakit bagitau Pak Ngah.Pak Ngah tak nak kamu sakit.Dahlah papa dengan mama kamu ke luar negara"pesan Dato Tengku Shahrin.Rania mengangguk dan memaksa dirinya menghadiahkan sebuah senyuman walaupun agak tawar.


        Sesi makan telah pun habis.Mahzuz dan ayahnya berbual di ruang tamu manakala Rania dan Farah menolong Datin Fariha mengemas meja.Selesai mengemas meja mereka duduk di ruang tamu.Sekali sekala mereka bergelak ketawa.Rania agak kekok apabila Mahzuz ada bersama.


        "Rania mama,papa dan abang kamu pergi London berapa hari?"soal Datin Fariha."Tak silap,seminggu.Terpaksalah Rania menumpang dekat sini seminggu mak ngah"kata Rania dan tersenyum."Terpaksa?Kenapa?Rania tak suka duduk sini?"Soal pak ngah nya pula."Bukan tak suka pak ngah.Rania rasa macam menyusahkan mak ngah dengan pak ngah je"kata Rania dengan segan.


        "Tak ada apa yang nak dimalukannya Nia.Kamu kan anak buah pak ngah.Apalah salahnya kalau kamu sesekali tidur disini."kata pak ngahnya.Mahzuz merenung dan menilik muka Rania.'Ya Allah,cantik sungguh ciptaanmu.'puji Mahzuz dalam hatinya."Rania minggu ni kamu pergi kerja tumpang Mahzuz.Lagipun kereta kamu masuk workshopkan?"kata pak ngahnya tetiba.Rania cuba membantah namun pak ngahnya terus menyambung kembali percakapannya."Jangan risau,Farah ada sekali".Kata-kata pak ngahnya sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran di hatinya.